Jumaat, 11 April 2014

Rawatan selsema/kahak untuk bayi - secara semulajadi ...



Saya suka nak kongsikan apa yg saya baca di laman Muka Buku (FaceBook).. Saya dpt dari Fanpage : Persatuan Wanita Ibu Isteri Malaysia 

Assalamualaikum wbt..

Memandangkan ramai ibu-ibu yang tanya apa nak buat bila anak bawah dua tahun batuk dan selesema, jadi, saya nak kongsi tips yang amat berguna.

Sebaik-baiknya, jgn bagi baby makan apa2 ubat. Buat dulu sapuan minyak bawang putih, rawatan stim dan tepukan percussion. Ini ialah cara semulajadi yang sgt sesuai utk bayi.

Orang dewasa pun kalau nak buat boleh je. Baru-baru ni baby saya 2 bulan batuk dan selesema, saya cuba cara ni walaupun mula2 tu ragu2 juga, tapi alhamdulillah, mmg BERKESAN. Mak dan suami sy pun impressed.
 

Berikut, sy kongsi cara2 nya:

1) BUAT MINYAK BAWANG PUTIH: For your info, bawang putih ni antibakteria semulajadi yang sangat bagus. Ambik sebijik bawang putih, cucuk dgn garfu n bakar atas api sampai masak, kemudian letak atas pinggan, buang kulit yg hangit tu dn lenyek2 bwg putih tu dgn myk habbatussauda atau evoo atau vco atau myk masak pn boleh.

2) RAWATAN STIM: cara ni boleh guna air panas letak dalam baldi atau periuk nasi atau steamer apa2. Macam saya, guna air panas dalam baldi je sbb senang tp wap cepat hilang. Dalam air panas tu, titikkan minyak bawang putih tadi. Nak campur dgn minyak habbatussauda' lagi bagus.

Then, letak baby atas riba, tiarapkan dan pastikan baby dpt hidu bau wap tadi. Dalam proses ni, lagi kuat baby nangis, lagi bagus sbb kahak lg senang keluar. Untuk yg new born sgt, pastikan muka baby jgn terlalu dekat dgn wap.

3) TEPUKAN PERCUSSION :

Lps dah abis stim dalam 10 minit, tepuk belakang baby dengan cara tgn cupping, macam pegang bola pingpong. PASTIKAN TAK KENA TULANG BELAKANG BABY DAN PASTIKAN BERLAPIK.

Tepuk di bahgian kiri dan kanan shj. Bukan tengah2. Takut kena tulang belakang. Tepuk dalam 5 minit setiap kiri dan kanan.

Tepukan ni untuk keluarkan kahak baby melalui hidung dan najis. Macam anak saya, kahak x banyak keluar ikut hidung tapi najis. Cara nak tau, najis dia warna lain dan lbh likat dp biasa. Kalau keluar hingus, sedut atau lapkan.

4) LAP PELUH BABY DAN PELUK DIA SUPAYA DIA TENANG. Then, sapu bawang putih tadi kat dada, belakang dada, ubun2 dan tapak kaki. Siap.

Hasil perkongsian seorang ibu. Semoga bermanfaat...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anah Zurianah : Saya pun nak kongsi jga..klu sya msa anak2 di bwa umur 1 thn klu selesma sya akan sedut hingus tu dri hidung anak sya..alhamdulilah 2 atau 3 hri baik lah..tu pun lau korang tak geli..tapi bgi sya lau anak sendiri buat apa nak geli kan ...lain lah di atas 1 thn...

Tanpa Nama berkata...

Nor Shahida : sya pun slalu jgak guna bwang putih n bkar bgi hagus n then sya cmpurkn myak masak jer..kalau ank sya batuk n sesema sya guna ni.tp sya tetp bwa ank sya jumpa doktr just takt jd bnda lain.kadang2 sesema n batuk kalau d biar lama2 kn jd jgkitan kuman kat paru2 anak.

Tanpa Nama berkata...

Wei Seong Lim : Terima kasih atas sharing puan. Tepukan belakang bayi di setiap tepi tulang rusuk adalah untuk menceraikan kahak (phelgm) supaya ia senang keluar berbanding dengan kahak yang berkumpul sekelompok

Biz partner diperlukan... PROJEK ISTIMEWA STG... Produk, Ilmu MMR, FB Genius dll... HUBUNGI SAYA 011-286 31380... atau email: atiegurlz@gmail.com