Rabu, 3 Mac 2010

Luahan Rasa Hati Di Saat Ini............

PrSudah sekian lama, aku tak dpt nak update blog aku sendiri... internet problem dan dibebani tugasan harian di tempat kerja, menghalang aku utk update blog SDN BHD aku nie....  :)

Sebelum aku meluahkan rasa hati yg aku ingin luahkan di sini, keadaan mak aku, dah beransur sihat... dia mmg kena demam denggi sebelum nie... alhamdulillah, dah sembuh dari penyakit bawakkan nyamuk tu.... cuma yg merisaukan aku skrg, penyakit kencing manis dia, turun naik... klu naik, naik mendadak... skrg nie, dia kena sentiasa follow up bacaan kencing manis dan bacaan darah tinggi dia sendiri di rumah..... MAK, ATIE DOAKAN MAK SABAR MENGHADAPI DUGAAN UTK MAK SKRG NIE... MAK KENA KUAT LAWAN SEMUA PENYAKIT NI, TAU.... JGN TENSION2............. BYKKAN BEREHAT.... TAPI, JGN TERLEBIH BEREHAT.. KENA BUAT AKTIVITI GAK........

 
********************

Sebenarnya luahan yg aku nak luahkan kat sini, mengenai perubahan diri ku skrg nie........... KAWAN BAIK ku tak pernah dtg lewat setiap bulan.. tapi, bermula ye bulan 1 lepas, KAWAN BAIK aku tak dtg2 melawat aku mcm sebelum2 nie.... aku dah mula PANIK... kenapa aku PANIK? sebab, aku dah bersuami... dan ikutkan kitaran, kekerapan KAWAN BAIK aku dtg melawat aku, tak pernah miss TANPA SEBAB2 TERTENTU.... dan aku PANIK, sebab, aku belum bersedia melalui perubahan demi perubahan di akan datang....  aku biarkan perasaan PANIK aku tu berlalu sendiri......... aku xnk pk2 lagi.......... genap SEMINGGU... KAWAN BAIK masih tak dtg melawat.......... waahh.. tak boleh jadi nie... aku ambil keputusan pergi KLINIK PANEL COMPANY tempat kerja ku........ mengadu la ngan doktor tu..... dia buat la mcm2 checking........ tapi xde plak menunjukkan tanda2 +ve........... doktor pesan, tunggu lagi SEMINGGU....... klu KAWAN  BAIK tak dtg gak, kena dtg jumpe dia lagi........ buat pelbagai check....... dan 2 MINGGU BERLALU....... aku datang semula ke KLINIK PANEL berkenaan..... DAN!!! KEPUTUSAN YG AKU DAPAT.............................. POSITIVE................. so, dengan ini, aku diisytiharkan PREGNANT kali ke 3........ huhuhu... YA ALLAH........ MURAHNYA REZEKI AKU UTK MENDAPAT BABY LAGI......... dengan anak sulung baru 2 tahun lebih, dan no 2, baru 1 tahun lebih........... mereka bakal dpt ADIK pada bulan SYAWAL bersamaan SEPTEMBER 2010.......... sejarah dlm family ku....... aku la satu2nya mengikut jejak langkah mak aku...... pregnant setiap tahun..................
Ahmad Hariz Bin Muszamin, dilahirkan pada 09/02/2008
(sempena ulang tahun pertama anniversary aku)

Ahmad Hariz yg dah berusia 2 tahun lebih....

********************

Pada 25/02/2010 lepas, aku dah pun buat BUKU MERAH / BUKU CATATAN sepanjang mengandung... berat aku skrg ni, 61.3kg dan aku dah 10 minggu........... huhuhu.. tak sangka, aku bakal melalui saat2 melahirkan anak utk kali ke 3 dlm waktu yg agak singkat.........

Yg merunsingkan aku, aku masih menyusukan anak ku no 2......... doktor tidak galakkan aku meneruskan penyusuan sepanjang aku PREGNANT........ tapi, aku dah cuba pelbagai cara, Zahin tetap nak BF klu ada dgn aku........ klu aku bagi susu formula / susu botol, dia mesti mengamuk, xnak...... terutamanya klu dia dah mengantuk nak tido........... tiap malam pula, klu dia tido, dia suka mengempeng / jadikan aku mcm puting kopek dia........ xnak lepas......... klu tersedar, mesti dia cari.... klu aku tak layan, harus la aku kena dgr dia menangis...............
Ahmad Zahin Bin Muszamin dilahirkan pada 25/01/2009

Ahmad Zahin yg dah berusia 1 tahun lebih...

*****************

Aku mulakan SEARCHING / PENCARIAN di internet mengenai PENYUSUAN SUSU IBU KETIKA MENGANDUNG........

Kebanyakkan forum yg aku jumpa, mereka tiada masalah nak meneruskan PENYUSUAN SUSU IBU KETIKA MENGANDUNG ...

Antara petikan yg aku dpt dari internet (bukan dari ayat aku sendiri):
Antara alasannya takut-takut anak dalam perut kurang khasiat untuk membesar. Kalau anda pernah meyusukan anak ‘sambil’ pregnant, mungkin anda juga mengalami dilema yang sama...

Namun hakikatnya, mana ada isu kekurangan zat baby dalam kandungan... Sebab, semua zat-zat dari makanan anda; KFC ke, McD ke, Vitamin Shaklee ke & etc., akan diserap oleh bayi dalam kandungan dahulu.

Yang lebih-lebih tu (tapi bukan lah hampas-hampas makanan jer) baru la disalurkan kepada anda (ibu) sendiri. Yang kemudiannya, memberi anda tenaga untuk bekerja; atau mungkin juga membesarkan saiz badan anda, dan seterusnya menghasilkan susu untuk anak anda yang dah lahir tu.

Tapi... bukan bermakna dah tak ada zat untuk anak yang anda susukan tu. Nama pun ZAT yang disalurkan. Tak adalah masalah kekurangan zat, melainkan anda memang menghadapi masalah kurang zat makanan.


Ada juga yang kata, menyusu semasa mengandung tu seolah-olah mencuri hak adiknya. Tak ada dalil terhadap hak siapa-siapa ke atas susu ibu... ia adalah hak anak! Anak besar ke anak kecil ke, selagi berumur 2 tahun ke bawah, adalah hak mereka untuk disusukan.


Ada juga kata, nanti si abang hisap darah adiknya! Aduh, susu ibu dihasilkan di mana dan dari apa? Dibuat di dalam rahim ke? Susu ibu kilangnya di payudara, memang betul ada urat dari payudara bersambung ke rahim, tapi susu tu tak datang dari darah si adik.


Jangan risau, tiada masalah langsung untuk menyusukan semasa mengandung. Namun begitu, harus diingat, kebanyakan ibu akan mengalami masalah susu merudum secara mendadak sepanjang proses kehamilan kerana perubahan hormon (walaupun ada yang tidak terjejas). Tambahan pula, penghasilan kolostrum semasa trimester kedua kadang-kala menyebabkan anak yang sedang menyusu akan berpisah susu dengan sendiri.


Apa-apa hal pun, sebelum decide sama ada ingin menyusu semasa mengandung atau pun tidak, cuba perhatikan sekiranya anda mengalami kontraksi pramatang, pendarahan atau kesakitan pada abdomen. Kerana dikhuatiri jika anda teruskan jugak, penyusuan boleh menjejaskan kandungan.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan normal, kontraksi akibat hisapan payudara oleh anak anda tak lah sekuat kontraksi yang anda alami semasa perhubungan seks. Kalau anda masih melakukan hubungan seks semasa mengandung, mengapa tidak menyusukan anak? Mungkin sebab hubungan seks lebih utama? HiHi..


Ingat, jika anda ingin menyusu semasa mengandung, pastikan anda mendapat kalori yang cukup.So, kalau anda biasa makan 2 senduk nasi time mengandung, mungkin anda perlu makan 3 senduk kalau mengandung dan menyusu.

Anda juga memerlukan rehat yang mencukupi demi kandungan dan juga penyusuan. Alasan yang mantap untuk suami tolong kerja dapur anda.


Alhamdulillah,lepas aku baca petikan nie, baru la aku rasa lega... susu akan berkurangan automatik, dan Zahin mesti akan stop menyusu sendiri, klu dia HISAP2, xde susu yg keluar... so, aku tak yah la nak bergaduh ngan dia pasal BF nie lagi...  (+_+)

  


11 ulasan:

aku comel berkata...

take care !! doa semoga semuanyer brjalan dgn lancar.k.

Umi berkata...

ok... TQ, aku comel... insyaallah, berjalan lancar dengan penuh dugaan.. huhuhu

temp. housewife berkata...

tahniah. dah rezeki kan Allah nak bg. Akk la yg belum ada rezeki nak tambah no. 3 ni.

Umi berkata...

terima kasih kak.... tu la, tak disangka2, murah tul rezeki saya dpt anak.... dugaan demi dugaan, bakal mengundang...

leeyana-mamadaniel berkata...

tahniah!!!alhamdulillah rezeki...dh ada 2 hero..kot2 pas ni dpt heroin plak...he2...jaga diri n kesihatan k...:-)

Umi berkata...

terima kasih, leeyana-mamadaniel... huhu.. tu la.. dah 2 hero... hopefully dpt heroin lak... tapi, apa2 pun, sihat..... insyaallah....

SharHanah® berkata...

tahniah umi.... waaa... bertambah2 rezeki every year... bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian. Take care ya!

SharHanah® berkata...

masa sy ngandungkan 2nd baby, time tu duk nyusukan lagi si kakak... masa tu lom taw yg sy ni pregnant, bila si kakak nyusu badan, rasa sakit kat rahim... terus sy stop, lagipun...susu badan mulai kurang.

Umi berkata...

terima kasih, sharhanah... insyaallah... mmg terasa gak susahnya.. ekekek.... oo.. iye ke? si kakak boleh terima, xpe.. ni si zahin nie, xnak minum susu botol klu saya dpn mata dia... ngan org lain, dia ok je...

angahfarah berkata...

salam..kak..anak akk yg ke-2 tu same tarikh besday dgn sy..hihi~ 9hb Feb..cume thn berbeza ler...hihi

Umi berkata...

wslm.. eh, confuse jap.. anak yg ke 2, lahir 25/1.. ekeke.. yg no 1, 9/2.. sama dengan tarikh akak nikah... :)

Biz partner diperlukan... PROJEK ISTIMEWA STG... Produk, Ilmu MMR, FB Genius dll... HUBUNGI SAYA 011-286 31380... atau email: atiegurlz@gmail.com