Khamis, 27 Oktober 2011

Wajah MLM...

Aku nak kongsi ayat (copy paste) dari web Perfect Excel




Bacalah, kerana MEMBACA meleraikan-mu fikiran yang kusut.


Assalamualaikum,

Apa khabar para pembaca Perfect Excel? Semoga semuanya ceria dan paling penting bermotivasi dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.

Najib dan saya telah menulis sebuah buku bertajuk REVOLUSI MLM yang kini telah pun berada di pasaran. REVOLUSI MLM dijual di kesemua kedai buku seluruh Malaysia seperti MPH bookstores, Kinokuniya, Popular, Boarders dan lain-lain kedai buku. Alhamdulillah kami telah melakukan beberapa kali pelancaran buku ini demi memperkenalkan REVOLUSI MLM kepada orang awam. Kesemuanya dilakukan dengan izin tuhan.

Ramai yang bertanya kenapa saya menulis buku ini? Jawapan ikhlas dari saya: menulis buku tidak boleh menjadikan saya millionaire sebab mana-mana penulis pun tahu royalti daripada sebuah buku amat sedikit; melainkan penulis menghasilkan berpuluh-puluh buah buku; barulah boleh jadi kaya raya dengan menulis buku.

REVOLUSI MLM ditulis kerana penulisnya mahu orang awam mengenali WAJAH MLM (Multi Level-Marketing ) YANG SEBENAR. MLM tidak buruk, MLM tidak menipu, MLM bukan scam, MLM bukan untuk merugikan dan MLM bukan untuk dipersendakan.

MLM yang sebenar adalah perniagaan berprestij, high class, mudah dan teramat LUMAYAN. Masalahnya imej MLM disalahertikan apabila ada pengamal MLM yang menjalankannya dengan cara yang tak beretika. Apatah lagi apabila ramai pemilik syarikat perniagaan menjalankan kegiatan penipuan dengan bertopengkan lesen MLM; inilah yang dinamakan MLM palsu. Maka, menjadi-jadilah kebencian orang awam apabila mendengar nama MLM.

Jadi, saya menulis REVOLUSI MLM demi mengubah pandangan orang ramai tentang MLM. Tetapi saya juga bencikan MLM palsu dan pengamal MLM yang tidak beretika. Saya hanya menyokong dan terlibat dengan perniagaan MLM yang asli sahaja; kerana MLM telah banyak membantu orang-orang yang mahu berjaya dalam kehidupan mereka.

Mudah-mudahan buah tangan saya iaitu REVOLUSI MLM dapat membantu anda untuk lebih bermotivasi dalam bisnes ini (ya, apabila anda membacanya barulah anda tahu bahawa anda tidak bersendirian dalam industri MLM), melalui REVOLUSI MLM juga anda tahu bahawa anda sedang menjalankan perniagaan yang berprestij dan lumayan! Anda juga sebenarnya mendapat sokongan orang-orang terkemuka di dunia seperti ahli perniagaan Donald Trump, Robert Kiyosaki dan jutawan Malaysia Azizi Ali yang mengakui MLM adalah model perniagaan yang amat hebat!



Bacalah, kerana MEMBACA meleraikan-mu fikiran yang kusut.

ISTIMEWA! Anda oleh membeli REVOLUSI MLM terus daripada perfectexcel dengan harga diskaun 10%.

Tajuk buku: REVOLUSI MLM
Penulis: Dr Nurul Ain dan Najib Mohamed
Harga sebenar RM39.90 (300 muka surat)
email saya jika hendak diskaun :)
Penghantaran percuma!
Sila email Dr Nurul Ain untuk pembelian.
nurul_ainjamil@yahoo.com atau hubungi 012-3566076

Tiada ulasan:

Biz partner diperlukan... PROJEK ISTIMEWA STG... Produk, Ilmu MMR, FB Genius dll... HUBUNGI SAYA 011-286 31380... atau email: atiegurlz@gmail.com