Isnin, 20 Jun 2011

Cerita Anak2 Bujang...

Berhari2 aku nak curi masa nak update cerita anak2 bujang aku... anak2 = anak bujang yg ramai.. maklum la, aku ada 3 org anak lelaki... berderet2 you... hahahaa....

Boleh dikatakan hari2 aku bergaduh ngan HariZahin... si Nazeem belum tersenarai, tp kadang2 aku nk gado gak ngan dia, cuma aku pk balik, klu aku nak gado ngan dia pun,bukan dia boleh wat apa.. paling2 pun, dia nangis, tanda paham la aku marah dia, mcm nak ajak gado... apa yg aku merepek nie? huhuhuhu...............

Utk pengetahuan umum, hr nie hari pertama aku bekerja tanpa kehadiran exec a.k.a bos aku... terasa mcm tak best... dr pagi2 masuk kerja, dah kena mengadap muka bos department a.k.a bos besar... situasi ni yg aku tak suka... mengadap muka dia, kena jwb soklan mcm2.... dan bakal aku mengadap muka dia hari2 dan kena report dengan dia hari2, dan klu nak cuti pun, kena info dia.. klu nak mc, kena call dia direct... wawaa... sgt tak berminat....

Berbalik cerita aku mengenai anak2 bujang ku itu... si Hariz, amat kuat merajuk... pantang salah ckp sikit, pantang naik suara sikit walaupun mmg salah dia, mula la dia tarik muka, mata menjeling, lari masuk bilik, tutup pintu... pastu kedengaran suara dia menangis minta dipujuk.. tp aku mmg takkan pujuk... biar aje... si Nazeem diutamakan ... bila dia dah puas menangis, tp Umi dia tak dtg2 pujuk, dia reda sendiri... kluar bilik, buat muka lagi.... aku sebagai Umi dia, dengan spontan, panggil dia, peluk dia... wah, suka la tu.. terus ceria je muka dia... senyum....

Anak bujang aku no 2, si Zahin... jarang buat aku marah dia... pandai melarikan diri klu dia tau dia buat silap... dan pandai pujuk aku, supaya aku tak mula meradang dengan perangai dia... klu dia dan Hariz ada buat aktiviti yg membuatkan aku meradang, dia akan lari dulu, sebelum jari jemari aku geli2 nak cubit diorg..

Tingkah laku diorg nie, amat2 mencuitkan hati aku, walaupun aku selalu menjerit2 marah diorg.. rumah dah macam tongkang pecah... eh, nape aku guna ayat tongkang pecah nie? teruk sgt ke ek rupa tongkang pecah tu?.. huhuhu.. dah tak kuasa nak mengemas... biar kan je la.. :)

Aktiviti harian aku tu, buatkan En Suami berbunyi "weekend nie, umi gi la mana2.. rumah pak long ke, pak ngah ke, rumah achik, balik spg rgm jumpa opah, atok diorg ke... xde la umi bergado je ngan diorg.."  ayat nie selalu diulang2 klu En Suami kerja shift siang di hari sabtu dan ahad... dia pun tau, perangai isteri dia, anak2 dia, pantang ada kt rumah, bergado je....   bila gi rumah sedara mara, baik lak perangai masing2...  :)


ni la aktiviti Nazeem, klu Umi sibuk kt dapur
kejarkan bola, tiba2 dah bawah kusi malas

gelak ketawa, bila abg2 dia ngagah dia..

suka sgt lompat2..
 nasib baik la kusi lama tu sedekah dr Opah

tertonggeng2..

dpt kek buah sempena besday lepas.. :)

Keding je si Hariz..

Nazeem pun nak makan kek..

Amboi si Zahin... makan coklat je..

Budak comel yg agak nakal...
(umi xleh amalkan ckp gitu..)


Ok, masa dah tamat... waktu lunch dah abis... aku gi sambung wat kerja dulu.... cau.. next time nak kongsi pengalaman gi kelas mandarin... best!! ....

Tiada ulasan:

Biz partner diperlukan... PROJEK ISTIMEWA STG... Produk, Ilmu MMR, FB Genius dll... HUBUNGI SAYA 011-286 31380... atau email: atiegurlz@gmail.com