Rabu, 12 Mei 2010

Pa&Ma Keluaran Mei...

Banyak info yg aku dpt dari majalah Pa&Ma keluaran Mei... Bahagian yg paling aku minat dlm majalah Pa&Ma ni, bahagian PERKEMBANGAN ANAK mengikut usia mereka.... kalau aku tak dapatkan majalah ini, pasti aku tak tau dan kurang ilmu bab2 PERKEMBANGAN ANAK2....



Aku ambil tips PERKEMBANGAN ANAK 3-6 TAHUN.. Walaupun anak2 aku tak sampai pun 3 tahun lagi, tapi ada sikap mereka di dalam senarai 15 BURUK BAIK ANAK NAKAL.... (anak2 aku nakal ke? nakal kanak2 je... :) )

1. Suka menconteng dinding
Buruk : Tidak menetahui tempt yg betul untuk melukis iaitu pada kertas lukisan atau buku putih.
Baik : Anak yg dikatakan mempunyai daya imaginasi yg tinggi dan kreatif serta berani untuk meluahkan apa yg terlintas di mindanya.

2. Koyak buku
Buruk : Dikatakan ganas dan tidak menghargai buku serta tidak suka membaca.
Baik : Rasa terhibur dengan bunyi kertas, warna-warna terang dan tekstur buku. Sekali gus mampu meransang minat terhadap buku.

3. Suka mengambil barang kegemaran anda
Buruk : Tidak menghormati hak milik org lain
Baik : Sifat berkongsi sudah mula wujud. Dia tahu itu barang anda tapi apa salahnya kalau dia ambil? Jadi, mintalah barang itu kembali dengan baik dan jangan marahkan dia. Hakikatnya, dia mempunyai sifat berani dan yakin diri terhadap diri sendiri serta tahu apa yg dimahunya.

4. Suka menggunakan perkataan yg kurang enak
Buruk : Tidak menunjukkan sikap menghormati orang dan sering memalukan ibu bapa.
Baik : Tanda bahawa anda mungkin kerap bercakap kasar di depannya. Dia sekadar meniru apa yang anda ucap atau lakukan kerana padanya itulah contoh terbaik yang harus diikuti. Jadi, berubahlah dan tunjukkan sikap yg berhemah di depannya agar dia dapat meniru yang baik. Peniruan sgt penting bahasa dan menguasai percakapan.

5. Menjerit dan meraung sesuka hati
Buruk : Boleh mengganggu ketenangan orang yg berada hampir dengannya.
Baik : Meluahkan rasa tidak puas hati dalam dirinya dengan cara jeritan kerana anak tidak pandai menyusun ayat. Dia sekadar ingin berkomunikasi dan mauh memberitahu bahawa dia inginkan perhatian/sesuatu. Mungkin selama ini dia diam tetapi tidak dihiraukan dan bila dia menjerit barulah anda berikan perhatian padanya. Jadi, dia sudah terbiasa dengan paten itu. Sesuatu harus dilakukan khususnya anda perlu meluangkan lebih masa untuknya.

6. Suka sepahkan barang permainan
Buruk : Kawasan bermainnya bersepah dan menunjukkan sikap yang tidak berdisiplin pada si kecil.
Baik : Boleh mengajarnya cara menyimpan barang mainannya dengan kemas ke dalam kotak penyimpanan. Sekali gus, mengajarnya mengenai aspek kebersihan kerapian. Anda boleh menyemak juga keseluruhan rumah anda, mungkin sama saja seperti dia. Itu tandanya anda perlu mengemas agar dia terbiasa dengan persekitaran yg bersih.

7. Suka mengamuk di khalayak ramai
Buruk : Berguling-guling atau menangis sehingga mengotorkan baju dan mengganggu org sekelilingnya.
Baik : Memberitahu sesuatu kerana faktor lapar, bosan, letih, sakit, marah, cemas atau bimbang dengan persekitarannya.

8. Suka mencubit dan menggigit
Buruk : Mampu mencederakan org lain, mengundang rasa marah dan tindak balas daripada org lain.
Baik : Anak dapat mengenali kekuatan mereka dan melepaskan emosi yg terpendam. Ia juga memberi peluang kepada mereka untuk melihat emosi peribadi org lain.

9. Suka melompat di atas katil
Buruk : Menyepahkan katil dan mungkin boleh menyebabkan kecederaan jika anak tidak dpt mengimbangi diri atau jatuh dari katil ketika melompat.
Baik : Menunjukkan kemahiran fizikalnya semakin meningkat apabila boleh melakukan sesuatu aktiviti fizikal yg dapat mengimbangi dirinya selagi tidak berlaku kecederaan.

10. Menumpahkan air
Buruk : Degil kerana mahu menuang air ke dalam gelas atau bekas tanpa dibantu hingga menyebabkan air tumpah dan mengotorkan perabot atau lantai.
Baik : Merangsang perkembangan kemahiran motor halus buat si kecil apabila dilakukan secara berulang kali, dia akan pandai melakukannya dengan baik kelak.

11. Main gunting atau benda tajam
Buruk : "Nanti jari adik luka!!" "Habis kertas bersepah-sepah!!" "Rosak kain langsir mama, adik gunting!!"
Baik : Menguatkan otot telapak tangan kerana melakukan genggaman. Juga meningkatkan koordinasi mata dan tangan kerana perlu benar-benar menumpukan perhatian dengan kerja yg dilakukannya. Berikan dia gunting atau pisau plastik mainan dan jangan sepahkan peralatan tajam hingga mudah untuk dia mencapainya.

12. Tidak mahu bangun pagi ke tadika atau taska (bukan pada minggu-minggu pertama mendaftar)
Buruk : Tiba ke tadika lewat atau langsung tidak mahu datang ke tadika.
Baik : Menunjukkan tanda-tanda tadika atau taska itu mungkin bermasalah atau diganggu rakan sebaya sehingga anak serik untuk ke sana. Ibu bapa perlu membuat siasatan mengenai hal ini di tadika atau taska. Masuklah ke taska dan bertanya dengan guru atau pengasuh.

13. Suka memanjat
Buruk : Mungkin terjatuh atau terseliuh menyebabkan anak mengalami kesakitan akibat kecederaan yang dialaminya
Baik : Perkembangan motor kasarnya dapat berkembang dengan baik apabila suka memanjat serta naluri ingin tahu dalam dirinya telah berkembang dengan baik. Anak-anak yang selalu disekat kebebasannya akan kurang cergas dan kurang semangat untuk bersaing.

14. Memilih makanan
Buruk : Tidak mahu makan sehingga menyebabkan tidak mendapat khasiat pemakanan dengan seimbang
Baik : Mempunyai deria rasa yg baik apabila sudah pandai memilih makan yg enak dan sesuai dengan seleranya sahaja.

15. Suka minta permainan baru
Buruk : Sentiasa mahu yang baru tetapi cepat bosan dan tidak mempedulikan mainan yg sudah banyak di rumah. Membazir betul kalau melayan kehendaknya.
Baik : Memberitahu anda bahawa mainan yg sedia ada tidak mencabar mindanya yang berkembang dengan pantas. Dapatkan set mainan yang mempunyai pelbagai fungsi atau cipta sendiri mainan daripada bahan terbuang. Contohnya berikan dia bekas makanan plastik dan susu plastik, tentu dia lebih gemarkan itu kerana anak lebih sukakan barang yg mirip barang yg anda selalu gunakan. Bukankah dia mahu cepat membesar seperti ibu atau bapanya? Anak merupakan "peniru" yang terbaik!






5 ulasan:

anin berkata...

tk smpt nk beli dh sold out..rugi rugi

Wan Anie berkata...

bagus juga perkongsian ni.... :)

Umi berkata...

anin : aar, sebab Pa&Ma berada di pasaran pertengahan april.. skrg nie, keluaran Jun dah ada di pasaran.. saya lum sempat beli lagi.. nti nak cari gak.. :)
Wan Anie : hehee... isi masa terluang kt opis nie..

encik azuwan berkata...

info menarik.

Umi berkata...

encik azuwan : iye.. sama2 la kita kongsi info yg menarik tertarik d bom... :)

Biz partner diperlukan... PROJEK ISTIMEWA STG... Produk, Ilmu MMR, FB Genius dll... HUBUNGI SAYA 011-286 31380... atau email: atiegurlz@gmail.com