Rabu, 12 Mei 2010

Air Ketuban Berkurangan...

PERSOALAN :

Saya ingin tahu apakah penyebab air ketuban berkurangan. Adakah kerana saya terlalu aktif? Bolehkah masalah ini menjejaskan bayi saya?

JAWAPAN :

Untuk menjawab soalan ini, kita lihat dahulu dari mana asalnya air ketuban. Air ini kebanyakannya dihasilkan oleh bayi yang dikandung itu sendiri (melalui air kencing bayi). Uri juga dipercayai menghasilkan air ketuban tetapi jumlahnya sedikit sahaja.

Air ketuban tidak dihasilkan oleh ibu dan TIDAK dipengaruhi oleh aktiviti ibu. Walaupun bagaimanapun, ibu-ibu di dalam kategori di bawah boleh mengalami masalah oligohydramnios jika mengandung.

1. Masalah darah tinggi/pra eklampsia.
2. Masalah Lupus.
3. Masalah kencing manis.

Oleh itu, air ketuban yang berkurangan selalunya dikaitkan dengan masalah lain, di antaranya ialah :

1. Masalah uri tidak sihat. Contohnya di dalam kes pra eklampsia.
2. Masalah bayi tidak normal seperti Potter's syndrome.
3. Maslaah air ketuban yang pecah sebelum bayi matang.
4. Masalah bayi dalam kandungan yang melampaui usia 40 minggu.

Perlu mendapatkan nasihat doktor dengan segera jika air ketuban didapati berkurangan. Malah, di dalam situasi tertentu, bayi perlu dikeluarkan segera untuk menyelamatkannya..




Tiada ulasan:

Biz partner diperlukan... PROJEK ISTIMEWA STG... Produk, Ilmu MMR, FB Genius dll... HUBUNGI SAYA 011-286 31380... atau email: atiegurlz@gmail.com