Khamis, 4 Mac 2010

Folik Baik Untuk Ibu dan Bayi....

IBU HAMIL DISARANKAN MENGAMBIL ASID FOLIK TIGA BULAN SEBELUM MERANCANG HAMIL DAN DITERUSKAN SEHINGGA KANDUNGAN BERUSIA 3 BULAN. APAKAH BENAR ASID FOLIK TURUT BOLEH MEMBANTU MENGURANGKAN RISIKO KELAHIRAN PRAMATANG?

 

Jawapan :

Para ibu dinasihatkan untuk mengambil asid folik sebelum hamil dan juga ketika hamil kerana vitamin ini dibuktikan boleh mengurangkan insiden neural tube defects atau ringkasannya NTDs dalam bayi sebanyak 70-75%. Masalah NTDs ini lebih ketara dalam populasi wanita di Barat.

Dalam kajian yang dilakukan, didapati asid folik juga boleh mengurangkan risiko masalah-masalah lain seperti :
  • bayi dengan bibir sumbing (clef lip and palate)
  • tekanan darah tinggi ketika mengandung termasuklah pra eklampsia
  • kelahiran pramatang
  • keguguran
  • bayi yang tidak membesar dengan baik ketika di dalam kandungan
Vitamin asid folik turut memberi manfaat kepada ibu kerana kajian menunjukkan ia mengurangkan risiko sakit jantung, angin ahmar dan penyakit Alzheimer. Sumber asid folik amat mudah dicari. Ia boleh didapati di dalam semua bijirin dan sayur-sayuran seperti nasi, roti, pasta, kekacang yang sememangnya amat baik utk puan.

Tiada ulasan:

Biz partner diperlukan... PROJEK ISTIMEWA STG... Produk, Ilmu MMR, FB Genius dll... HUBUNGI SAYA 011-286 31380... atau email: atiegurlz@gmail.com