Isnin, 21 Disember 2009

Kesian Kat Adik...

Adik seorg yg ceria... jarang2 nangis... klu Abg dia lepuk dia, dia wat dek jerk... suka tersenyum, ketawa klu tgk reaksi Abg dia.... dan suka tiru apa Abg dia buat...... tapi, sejak dia demam, dia dah kurang senyum... dah kurang ketawa... nak nangis je.... nak dipeluk je.. nk di riba je... nak di dukung je.... sian kat adik... dah la demam... kena pulak batuk2 dan selesema... tido pun sekejap2.... dia klu batuk, dia nak termuntah, tapi dia taknak luahkan muntah dia tu... boleh lak dia tahan, dan telan semula.... dah dkt 5 hari Adik mcm tu... kata org, klu baby demam, batuk2, selesema, nak pandai sesuatu atau nak tumbuh gigi.. aku cek gusi Adik, mmg nak tumbuh lagi 1 batang gigi... dia plak semakin rajin nak belajar berdiri dan berjalan... bergayut je kat seluar or kain batik Ummi dia... Sabtu malam Ahad lepas, aku ajak Hubby gi klinik, jumpe doktor... doktor bagi mcm2 ubat kat Adik... dan yg penting sekali, doktor pesan kat Ummi, klu BF (breast feeding), Ummi kena jaga makan minum Ummi supaya Adik tak kena batuk2 lagi... huhuhu... Ummi tak boleh makan makanan bergoreng2 buat masa nie.... air batu, mmg dah lama tak minum... DEMI DIRI MU ADIK... hehehe.. ada kemungkinan ke Adik kena DEMAM SELESEMA? info yg aku jumpe dari INFO SIHAT

Antara yg aku copy paste utk rujukan aku dan pembaca blog aku  nie :

*****
Apakah tanda-tanda dan gejala demam selsema?
Tanda-tanda dan gejala demam selsema adalah mudah dicamkan, oleh itu selalunya diagnosis sendiri yang dilakukan pesakit adalah betul.
Gejala demam selsema bermula 1-3 hari selepas jangkitan.
Gejala-gejala yang paling biasa adalah seperti di bawah:
Tekak yang kering atau sakit-mungkin mendahului gejala-gejala lain dalam masa sehari atau lebih.
Hidung berair-hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung). Bayi mungkin sukar untuk menghisap susu disebabkan hidungnya tersumbat.
Bersin-merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.
Batuk-mungkin kering atau mengeluarkan kahak.
Suara parau-suara kasar dan parau kerana virus menyebabkan korda vokal (peti suara) membengkak

Tiada ulasan:

Biz partner diperlukan... PROJEK ISTIMEWA STG... Produk, Ilmu MMR, FB Genius dll... HUBUNGI SAYA 011-286 31380... atau email: atiegurlz@gmail.com