Selasa, 15 September 2009

Cerita semalam...

Hari ini, hari Selasa.... Malam tadi aku plan2 nak mula mengemas beg utk di bawa balik kampung sempena hari raya yg bakal menjelma nti... tapi, semua tu cuma plan yg tidak menjadi kenyataan.... aku melayan kerenah anak2 aku, sehingga kan, aku terlelap bersama2 mereka... so, plan semalam di bawa ke malam ni.... berjaya kah aku mengemas beg mlm ini?!! huhuhu....

Beraya di mana ye tahun nie? soalan yg sampai ke hari nie, tak terjawab.... hingga ke saat ni, belum terungkai... sebab apa? sebab, cuti yg suami ku apply, lum dpt jawapan lagi, sama ada diluluskan atau tidak diluluskan...

So, tunggu je la saat yg dinanti itu tiba... pulang ke kampung belah suami di Melaka atau ke kampung ku di dlm negeri Johor juga.... "oooo.. balik kampung... oooo.. balik kampung... hati girang..."

********************************************

Hari raya semua bagai nak gila

Bila puasa buat-buatlah lupa

Berpakaian semua harus sepadan

Tapi puasa tak cukup sebulan

Berpuasa rukun Islam ketiga

Wajib kita untuk menunaikannya

Tidak kira usia tua dan muda

Miskin dan kaya semua serupa ( korus 1 )

Anak-anak gembira bila syawal menjelma

Lebih hebat ibu dan bapanya

Berhabis tak berkira asal nampak bergaya

Walau hutangnya panjang berjela( 4 )

Habis raya semua mula bekerja

Poket kosong baru ingat nak puasa

Kawan semua buat tak tahu saja

Nak pinjam duit teringat hutang lama( korus 2 )

Ini kisah jadi tauladan

Biar kita buat sempadan

Banyak-banyakkan amalan

Duit habis dalam simpanan

Cakap banyak nanti ku tangan

Tak baik, kesian( ulang korus1 & 4 )

Kita harus kuatkan iman

Hidup ini banyak dugaan

Memang tidak dinafikan

Dari itu kita elakkan

Di bulan Ramadan memang tak tahan

Jangan ikut perangai syaitan


Tiada ulasan:

Biz partner diperlukan... PROJEK ISTIMEWA STG... Produk, Ilmu MMR, FB Genius dll... HUBUNGI SAYA 011-286 31380... atau email: atiegurlz@gmail.com