Selasa, 29 September 2009

Cerita Raya...

Hari nie, dah masuk 10 Syawal…. Masih dlm mood raya… org kata, “hari raya, semua org gembira.. tua muda, miskin ataupun kaya.. “ tapi pada aku, sebaliknya…. Kenapanya aku beranggapan begitu?

Aku mulakan dengan hari terakhir aku bekerja…

Jumaat (18/09/2009) – aku pergi kerja mcm biasa… masuk awal, kononnya, boleh la aku balik awal, berkemas apa yg patut sebelum pulang ke kampung menyambut Aidilfitri… dan, tak sangka gak, aku balik lagi awal dari yg sepatutnya… aku kena gi klinik, sakit perut… sebabnya, aku tak bangun sahur… tapi, aku tahan gak, supaya boleh berpuasa penuh hari nie… jumpe doktor, dpt time off, dpt ubat gastrik, tapi aku tak makan pun, lepas buka, aku rasa perut ku dah ok, tak pedih2 lagi….

Sabtu (19/09/2009) – hari terakhir aku meneruskan puasa di bulan Ramadhan utk tahun ini… syukur, Alhamdulillah, aku dpt berpuasa selama 25 hari, lagi 4 hari, aku kena ganti… huhuhu…. Menu berbuka hari ni, nasi + sup ayam + sayur goreng je… Yg sedihnya, sebelum2 nie, malam raya, aku dah berada di kampung… tak di Johor (belah aku), di Melaka (suami), tapi tahun nie, aku masih di sini… iye, masih di Pasir Gudang.. cuti yg suami apply, dibekukan… dia kena bekerja malam raya… so, malam raya aku, aku sambut mcm malam2 berpuasa… xde masak-memasak… klu kat rumah mak aku, malam raya, aku bz jadi assistant chief di dapur, tapi tahun nie, xde pun.. aku bzkan diri mengemas rumah dan pack baju2 yg nak di bawa balik kampung…. Anak2 aku belum faham lagi, apa itu hari raya… iye la, baby lagi kan… so, pada diorg, xde beza pun… pada mereka sama je…

Ahad (20/09/2009) – Hari raya pertama… bangun pagi mcm biasa, xde rasa pun, hari ni hari raya… sebabnya, hanya aku bertiga je di rumah…. Suami aku sampai rumah pukul 7 pagi… dia ckp, tak sempat nak solat raya di rumah mak aku di Spg Rgm.. jadi, aku kena tunggu dia solat raya di sini dulu, baru la boleh bergerak pulang…. Perjalanan mengambil masa 1 jam… sampai di Spg Rgm jam 11 pagi… baru la aku dpt menikmati makan2 di hari raya… suasana pun, baru la meriah sikit.. tak sunyi mcm kat sini… ada family abg long ku, family akak ku dan abg uda ku…. Mereka dah bersiap2 nak beraya di kampung halaman mak aku, di Muar… walaupun atok ngan nenek dah xde, kami tetap akan pulang ke kampung di Kesang Laut, menjengah adik mak aku… disebabkan perjalanan kampung di Kesang Laut sudah hampir dengan Melaka, kami meneruskan perjalanan pulang ke kampung… sampai di Melaka, yg ada di kampung cuma akak2 ipar ku dengan family mereka sahaja… sejak aku berkenalan dengan suami ku, aku tidak berpeluang berjumpa mak mertua ku… dia sudah kembali ke Rahmatullah, pada tahun 2004 klu tak silap… bapa mertua pula, meninggal dunia, selepas aku habis pantang anak yg sulung, tahun lepas… bulan 4, 2008…

Isnin hingga Rabu (21/09/2009 – 23/09/2009) – balik dari Muar, kami teruskan perjalanan ke Melaka, dan sampai di Melaka jam 6.30 ptg... selama 3 hari aku berada di Melaka, 2 hari aku kena berak2.... mungkin aku alah masakan rendang... xde cerita menarik yg nak dikongsikan... dan hanya beraya di rumah bapa angkat suami ku... selebihnya, aku memerap di rumah.... melayan kerenah anak2 aku...

Rabu (23/09/2009) – jam 12 tengahari (lebih kurang), aku dpt sms dari adik aku mengatakan mak aku sakit… hati dah mula rasa risau… dengan segera aku sampaikan berita tu kpd suami... itu ini, jam 4 ptg, baru dpt bergerak dari Melaka pulang ke Johor.... alhamdulillah, perjalanan kami lancar... dan selamat tiba... di rumah mak, aku terus tgk keadaan mak... sayu hati... mak nampak letih/tak bermaya je.... nak bangun gi bilik air pun, susah... tanya khabar mak, dia kena berak2 dari malam raya kedua lagi... xde selera makan... bg minum air pun, susah nak abiskan 1 gelas.... aku tak dpt nak bermalam di rumah mak... aku kena ikut suami ku pulang ke Pasir Gudang... sebab esoknya, suami ku sudah mula bekerja.... ermm... dlm hati, rasa sedih... sebab tak dpt nak tgk2kan mak dlm keadaan dia sakit....

Khamis (24/09/2009) – pagi2 lagi aku dah cuba hubungi mak, tanya keadaan dia... dia dah boleh makan, tapi masih sakit perut... aku rasa lega bila dgr berita +ve... tapi masuk waktu tengahari, aku rasa tak sedap hati... mak ckp, dia masih sakit perut, muntah apa yg dia makan... aku dgr berita mcm tu, aku dah mula risau... dah masuk hari ke 4 dia masih lemah, letih je... aku sms suami ku, minta izin pulang ke Spg Rgm, tgk keadaan mak.. alhamdulillah, suami izinkan aku pulang sendirian bersama 2 anak2 ku, tanpa dia.... yg penting, hati2, jgn bawa kereta laju2...


Aku bergerak pulang ke Spg Rgm, ptg.. perjalanan lancar, dan selamat tiba jam 7pm... aku tgk keadaan mak aku, masih mcm tu juga... susah nak bangun... keesokkan harinya, aku bawa mak ke Klinik Rakyat, klinik yg selalu mak aku pergi dari dulu... kira mcm klinik panel laa.... doktor bagi tau, mak aku ok... Cuma, kurang air, sebab tu badannya lemah.... doktor arahkan, mak aku di bawa ke hospital, masuk air...

Sabtu (26/09/2009) – selepas solat jumaat, mak aku di bawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru di temani adik dan ayah aku... dia di tahan di wad 1B..

Ahad (27/09/2009) – aku melawat mak aku di HSA... alhamdulillah, dia dah boleh bergerak sendiri ke bilik air... klu sebelum2 nie, mesti ada org mapah dia...

Isnin (28/09/2009) – balik dari kerja, aku singgah melawat mak aku di HSA bersama teman opis ku, Kak Ita... perjalanan pergi agak lembab.. aku bergerak dari tempat kerja, jam 5 ptg, sampai di HSA 6.15 ptg... keadaan mak, beransur pulih... Cuma tekanan darah ngan gula turun naik... klu masih tak ok, dia akan di tahan lagi...

Hari ini, Selasa (29/09/2009) – mak aku sudah dibenarkan pulang... Syukur, alhamdulillah....

p/s : catatan kali ini, xde gambar...

Tiada ulasan:

Biz partner diperlukan... PROJEK ISTIMEWA STG... Produk, Ilmu MMR, FB Genius dll... HUBUNGI SAYA 011-286 31380... atau email: atiegurlz@gmail.com