Isnin, 18 Mac 2013

Dulu INSOMNIAC.... Dulu HYPERTENSION.... KINI....

Assalamualaikum,

Hari ni, 16hb. Mac 2013. lagi dua hari genap 30 hari saya guna BVSM. Maaf, tak rajin nak update seperti yang dijanjikan, kerana saya tahu kalau saya dah mula menaip banyak la benda lain yang saya abaikan sebab saya memang suka sangat menaip. Lagipun saya takut takde apa nak diupdate, update jugak, menyampah piuler orang mendengar saya menceceh tak tentu hala. Okay, di sini saya senaraikan kesan yang saya alami, dengan BVSM setakat ni, tanpa DA DA dan selawat yang kak Tun ajar tu sebab saya letak paler je terus berlayar.

Ops!...! Pecah rahsia piuler.

1. Dulu insomniac. Sekarang, rasa tak sabar nak habis solat Isya' sebab nak tidur. 2. Dulu terlampau banyak merengek di FB sebab rasa sangat2 tertekan dan takde sapa nak dengar.Now dah tak perlu lagi, sebab rasa tenang.

3. Tekanan perasaan? Dulu sangat menghantui fikiran.Now, nothing phases me. Serasa macam tak ada apa pun di dunia ni yang boleh menggoyahkan jiwa saya. Saya rasa jiwa saya makin kuat berbanding tahun2 lepas ni.

4. Tidak lagi sangsi akan keikhlasan suami. Entahlah, mungkin perkahwinan saya lain dari yang lain. Segalanya bukan semata2 atas cinta. Saya redha tapi banyak sangat dugaan saya alami. Kini dah 6 bulan suami tak dapat balik atas sebab2 tertentu. Tapi saya okay je. Nak kata give up, saya masih punya harapan besar, malahan suami tak putus2 call and sms sepanjang hari. Cuma kalau dulu saya macam naga bunting bila marahkan suami dalam phone, skerang saya lebih tenang dan rasa okay je... no matter what. I trust my huband more than I used to.






5. Hypertension. Yes, saya ambil pil sekarang. Saya tak pasti kesan dari pil or BVSM. Bacaan akhir 118/89 pulse 87. Saya sangat jarang dapat bacaan sebegitu sepanjang 2 tahun lepas. Now dah macam orang normal dengan berat ideal.

6. Semangat nak teruskan hidup dah kembali. Dulu hari2 saya rasa yang terbaik buat saya dan keluarga ialah jika saya mati. Saya tahu Allah takkan ampun dosa orang bunuh diri, tapi masyaAllah hari2 saya diasak perasaan futile, useless and no hope lagi. Hari2 saya terbayang saya hiris pergelangan tangan atau terjun dari bangunan tinggi. Now, tak ada lagi perasaan tu. Jiwa saya rasa tenang.

7. Dulu dunia saya rasa gelap. Now saya rasa everything around me is bright and full of hope.


8. Yang PALING saya suka, dulu, bangun pagi merupakan suatu penyeksaan sebab badan rasa sangat2 lesu dan sengal dan sangat2 berat bila nak bangun dari katil. Rasa macam ada batu besar bertenggek di atas bahu saya, terasa bongkok saja berjalan bangun dari katil ke bilik air. Mandi air sejuk dan panas pun tak dapat hilangkan sengal2 tu. Now, tak ada lagi rasa lesu atau berat atau tegang urat. Semuanya rasa sangat selesa, dan senang nak bangun pagi. Semalam kami gotong royong. Saya hayun kayu nak pecahkan petisejuk buruk milik pengusaha kantin lama yang belum dialihkan. Just 10 minutes after that, lengan, lutut dan belakang saya dah rasa bengkak dan ketat. Sampai di rumah agak sukar bergerak sebab lutut dah ketat. Badan rasa agak berat. Malamnya saya tidur saja atas BVSM, macam biasa, mata senang je nak lelap. Paginya? Guess what? Badan rasa macam lepas kena urut dan tak ada rasa berat ketat atau sengal langsung.

Wallahualam!!!

Selama ni saya rasa tak ada apa yang akan dapat bantu saya selesaikan masalah dalaman saya. Saya dapat rasakan tekanan perasaan yang saya alami ni bukan saja memamah diri saya dari dalam, malah merosakkan apa saja yang saya usahakan. Saya rasa sangat kecewa akan segalanya walaupun saya redha dan percaya Allah tidak menganiaya hambaNya. Jiwa saya gelap. Solat pun malas. Tak ada apa harapan untuk saya di dunia ni. Dunia ni tak perlukan kehadiran loser macam saya. Tapi semuanya dah tak macam tu lagi. Masih terpisah dari suami. Masalah kewangan masih melanda, tapi terasa lebih tenang dan optimistik yang ianya akan selesai jua akhirnya. Everything seems clearer than it was before. Quite miraculous sebab saya tak ada ambil ubatan antidepressi atau jumpa pakar psikiatri. And I am happier with my job now. Motivated nak ke tempat kerja.

Ni semua berlaku hanya dengan tidur atas BVSM saja.

Saya percaya semuanya berlaku dengan izin Allah. Malam ni saya nak usahakan DA DA dan selawat minum air tu. Saya selalu balik rumah dah lewat, kul 5 kul 6 sampai rumah. Paling lambat kul 8.30 saya balik sebab rumah tak ada orang saya malas nak balik rumah awal. Nak melepak di mall, kami takde mall. Takde mall pun ada je benda saya beli bawak balik, kunun la retail therapy. Buat nambah semak di rumah ada la... hahahahah!

Anyway, inilah update saya.

KakTun, bukan saya tak caya DA DA, saya penat. Dulu penat tak boleh tido. Skarang, penat, terus pengsan. Hari tu kul 7.30 saya tidur.... nasib la masa tu period. Mau je mata ni lelap.

>>>  Terima kasih CIKGU YUS di atas perkongsian, semoga memberi manfaat kepada insan2 yg memerlukan.. insyaallah... <<<

Tiada ulasan:

Biz partner diperlukan... PROJEK ISTIMEWA STG... Produk, Ilmu MMR, FB Genius dll... HUBUNGI SAYA 011-286 31380... atau email: atiegurlz@gmail.com