Sabtu, 10 November 2012

Keguguran Rambut...

Botak boleh dielakkan jika setiap individu amal gaya hidup seimbang, jaga pemakanan dan diet.

PENUAAN sering dikaitkan dengan tumpuan kepada kulit wajah sehingga ada yang lupa bahawa rambut juga mengalami masalah penuaan. Malah ada yang menganggap masalah keguguran rambut serius seperti botak hanya dialami oleh mereka yang semakin meningkat usia.

RAMAI lelaki dan wanita yang terpaksa bertarung dengan masalah kekurangan rambut di kepala sering memikirkan mengapa mereka kehilangan rambut dan bagaimana cara untuk memulihkannya.
Kehilangan rambut atau ketipisan rambut telah menjadi isu yang sensitif dan mengecewakan ramai lelaki dan wanita.

Ramai yang menyalahkan kekurangan nutrien, sistem pengedaran kurang baik, dan penyumbatan folikel rambut lalu menggunakan pelbagai kaedah tradisional untuk menangani masalah ini.

Terdapat banyak mitos dan cerita rawatan ajaib yang dikaitkan dengan kehilangan rambut. Namun, berapa banyakkah daripadanya berasaskan fakta sebenar dan berapa banyak pula rekaan semata-mata?


Pakar-pakar Australia menganggarkan bahawa 30 peratus daripada kalangan wanita dan 40 peratus lelaki akan mengalami kehilangan rambut akibat faktor keturunan menjelang usia 40 tahun.

Bagaimanapun, menurut hasil tinjauan kaji selidik membabitkan lebih 700 peserta yang dijalankan menerusi Internet oleh Pfizer Consumer Healthcare, semakin ramai lelaki dan wanita mengalami kehilangan rambut. Keadaan ini amat membimbangkan.

Masalah kehilangan atau ketipisan rambut boleh dialami oleh lelaki dan wanita seawal usia belasan tahun.

Kehilangan rambut disebabkan faktor keturunan (androgenetic alopesia) selalunya bermula antara usia 12 dan 40 tahun dan kira-kira separuh daripada kita mengalami sesuatu bentuk kehilangan rambut menjelang usia 50 tahun.

Meskipun kadar ini agak tinggi, kesedaran mengenai kehilangan rambut di kalangan lelaki dan wanita dan puncanya atau pilihan rawatan yang boleh diperoleh amat kurang.

``Keguguran rambut adalah masalah biasa. Masyarakat kita meletakkan nilai yang begitu tinggi ke atas rambut, menjadikan kehilangan rambut atau ketipisan rambut isu yang sukar dibincangkan,'' kata Pakar Perunding Dermatologi, Dr. Ting Hoon Chin...

Dengan amalan BBPlus Collagen, keguguran rambut boleh diatasi... malah,
kulit wajah semakin berseri-seri...

Dapatkan BBPLUS Kolagen dengan harga PROMOSI 4 KOTAK FREE 1 KOTAK
(free gift beg produk dan thumbler)
JIMAT SEHINGGA RM200..!!!
 - hanya sah sehingga 30 November 2012...



KLIK GAMBAR - APA ITU COLAGEN??!






Tiada ulasan:

Biz partner diperlukan... PROJEK ISTIMEWA STG... Produk, Ilmu MMR, FB Genius dll... HUBUNGI SAYA 011-286 31380... atau email: atiegurlz@gmail.com