Khamis, 24 Mac 2011

Hikayat Merong Mahawangsa...

Aku teruja ikut plan rakan2 sekerja aku halfday semalam semata2 nk tgk wyg beramai2...

Cerita yg diorg pilih, HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA....

Aku enjoy semalam.... dah lama tak gi beronggeng ngan member2, sejak kahwin.... huhu.... cerita yg diorg pilih pun, menarik... tahniah utk KRU...

Kami pergi berlima dari kilang.... tumpang Mak Ita (panggilan manja kt opismate aku, merangkap dia paling tua antara kami).... balik, kami berempat, berkongsi RM, sewa teksi... hehee.. semata2 nak tgk movie ni, kami sanggup sewa teksi, sebab masing2 ada problem personal transport... jadi la, sorg tongtong RM7.50 utk sampai ke destinasi masing2.... aku driver teksi drop kan kt Petronas Mc D, En Suami menanti di sana... :)


Menjamu selera di RasaMas
(sebelum nie makan sedap, kali nie hampeh lak)

Posing dlm wyg sebelum movie start

Peace......


Bawah nie, gambar ehsan dari wowberita




Sinopsis filem Hikayat Merong Mahawangsa



Filem ini berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.

Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu.




p/s : penonton gelak bila tgk watak Dato Rahim Razali.... aku pun gelak sama... selalu Dato pegang watak romantik... tp bila tgk watak dia kali nie, mcm terasa lucu lak, dengan berambut putih + tebal + panjang.... aku ngan geng pun, tergelak tgk watak Jehan Miskin.... selama nie dia pegang watak hero, kali nie, watak tak hebat sgt....  :)

6 ulasan:

Salmia berkata...

dh tengok jugak.. mia pun tergelak tgk jehan n dato rahim razali tu. hahaha

Umi berkata...

aar, lucu kan.. salmiah, akak dpt capture no 4001 .. wawaawa... terlepas sudah.. pastu, dah delete pun... :)

Chempaka Aziz berkata...

best ke? spt yg dkatakan media?at least ada jugak filem kita yg blh dibnggakan.lom bksmptn nk tgok.hrp dvd utk tgok satu famili...

Umi berkata...

best... aar, boleh gak beli dvd original... kisah sejarah kan.. tak salah simpan wt koleksi... :)

laila berkata...

syiok!!!,,,sinopsis tak lengkap..sambung lagi..merong mati..lagi.lagi..dan lagi..hehee

Chempaka Aziz berkata...

btul tu.klu bagus mmg tak salah nk beli.

Biz partner diperlukan... PROJEK ISTIMEWA STG... Produk, Ilmu MMR, FB Genius dll... HUBUNGI SAYA 011-286 31380... atau email: atiegurlz@gmail.com