Khamis, 15 Oktober 2009

Perkembangan Hariz....

"Tu apa? " anak bertanya..

"Murai, nak " ayah menjawab...

"Apa?" anak bertanya lagi..

"Murai...." ayah menjawab...

"Apa?" anak bertanya lagi...

"Burung Murai... " ayah menjawab lagi....



Pasti korang pernah tgk iklan Petronas yg ada skrip mcm nie (lebih kurang, aku tak ingat la skrip betul2 mcmne)... dlm iklan tu, si ayah menunjukkan diari arwah ibu si anak.... masa aku tgk iklan nie bersama suami ku, dia tanya pada aku, "ummi xnak wat mcm tu ke?" ermm.. aku jwb, ada, tapi cara zaman skrg.. online... :) so, kat sini, kat blog nie la, aku cerita itu ini termasuk cerita anak2 aku.. cuma, aku takde gambar sgt... dan tak tau nak bercerita sgt.... tapi, boleh la, dijadikan kenangan....



Pada hari nie, anak ku yg sulung Hariz, berusia 1 tahun 8 bulan 6 hari.... dlm usia dia skrg nie, dia dah tumbuh byk gigi.. rasa mcm dah penuh, tapi tak sempat kira la plak, berapa batang... hehee... dah pandai cakap beberapa perkataan.... antara perkataan yg famous dia sebut, dukung, tutup, mamam, adik, ayah, mimi (ummi), ibu (achik a.k.a pengasuh dia) tp kdg2 dia panggil aku ibu gak, atok, opah, chuchu (susu), abang, kakak, burung, ayam, miaow (kucing), berak (samaada dah berak atau sakit perut nak berak), tak nak... klu adik dia nangis, dia akan bagi tau ngan aku, adik ngis.. dan, dah pandai lepuk adik dia.... klu adik dia kacau mainan dia, mesti dia lepuk... dia pun dah faham klu aku minta tolong dia ambilkan barang... cuma kadang2 dia tanya byk kali... :-) dlm usia dia skrg, dia kurang nak makan... tapi, kuat menyusu... erm, risau gak... ramai tgr, dia kurus... minta2 la lepas nie, dia berselera nak makan.... berat dia skrg, 11.3kg je... doktor ckp, masih normal... belum underweight lagi... alhamdulillah....

Tiada ulasan:

Biz partner diperlukan... PROJEK ISTIMEWA STG... Produk, Ilmu MMR, FB Genius dll... HUBUNGI SAYA 011-286 31380... atau email: atiegurlz@gmail.com