Rabu, 22 Julai 2009

Percutian di TIARA BEACH RESORT - Part 1 ...

Weekend lepas, aku gi bercuti bersama family sponsor by Mak Jah merangkap Opah pada anak2 aku.. hehehe.. terima kasih, Mak, sudi sponsor kami gi berjalan.. lokasi yg jadi pilihan, TIARA BEACH RESORT, Port Dickson.. sebab2 jadi pilihan, lepas aku dgr citer yg menarik2 mengenai tempat nie… aku pun mula la berangan nak ke situ… dah mcm2 dah berangan nie…

Jumaat malam Sabtu, baru la aku mula mengemas beg utk di bawa ke PD tu… cukup la utk 2 hari 1 malam.. baju anak2 aku sengaja extra kan.. mana la tau, kot2 mood cik abg tu (suami aku la), nak singgah kampung dia, naya jerk klu keperluan anak2 tak cukup…

Jumaat tu, aku tido la mcm biasa… ikut plan asal, berkumpul di rumah Mak pukul 9 pagi, so aku harus bergerak dari Pasir Gudang pukul 8 pagi.. tapi, sebaliknya yg berlaku… huhuhu… kul 8 pagi, baru cik abg nak bersiap… erm, itu ini jerk, dah kul 8 lebih dkt kul 9… sebelum ke Simpang Rengam (rumah mak la), singgah sarapan dulu kat Rosni CafĂ©, Jalan Betik.. (hehehe.. tu pun nak bagi tau…) bekpes nie di sponsor oleh Achik anak2 aku.. terima kasih, Achik.. tak sangka Achik belanja.. J so, itu ini jerk, dah kul 9.30… last2, lari dari plan asal.. sampai Spg Rgm kul 10.30.. dlm hati berkata, harus diorg bising, kena tunggu lama… huhuhu…

So, perjalanan ke PD, bermula dengan lancar… ada 3 kereta, kereta Wira (achik+family), kereta Waja (atok+opah & pak uda+family), kereta Kancil (aku+family) .. Wira di hadapan, jadi juru pandu, sebab Achik yg rekemen tempat nie.. tapi ditengah2 perjalanan, dpt berita, Wira kena singgah Ayer Keroh, nak gi bengkel… so, kena la teruskan perjalanan Sdn Bhd… syukur, aku dpt menuju ke destinasi yg dituju dgn selamat… tak sangka, ingatkan Tiara Beach Resort dkt ngan perairan pantai, rupa2nya tidak… tapi, menarik gak la tempat nie.. sesuai utk family yg ada anak2 pra sekolah..

Oleh kerana aku yg mem”booking” apartment di sana, so, aku la yg kena daftar amik kunci… aku kira2, perjalanan aku dari Pasir Gudang ke Port Dickson melalui highway, memerlukan hampir RM40 utk tol sahaja, dan minyak utk kereta Kancil mcm aku, RM80.. so, total pergi sahaja, RM120.. huhuhu…

**********************************************************
Di Tiara Beach Resort…

Lama gak nak tunggu kunci nie… dapat no apartment A4-03, A4-05, A4-07… aku booking 3 apartment (1 bilik Queen Bed + 1 bilik 2 Single Bed)... tapi yg diorg bagi, hanya 1 jerk yg aku dpt, yg lagi 2, aku dpt (2 bilik Queen Bed).. yg tak bestnya, aparment 2 bilik QB tu, kecil dari yg aku booking.. erm, Mak aku ckp, xpe la, yg penting selesa.. lagipun tidur 1 malam jerk…

Lepas semua dah sampai, kami check in bilik, tukar baju, terus serbu Children’s Playground yg disediakan… tempat percutian kali nie, amat2 sesuai utk kanak2 bawah 12 tahun… so, anak2 abg dan akak ku amat2 enjoy… termasuk la anak aku yg kecil tu.. wlupun diorg kecil lagi, tapi aku dpt rasakan yg mereka seronok… hehehe.. iye2 jerk…

Ni antara gambar2 yg disnap di sana.. sponsor by Achik.. hehehe.. maklum la, aku xde kamera… :)




Tiada ulasan:

Biz partner diperlukan... PROJEK ISTIMEWA STG... Produk, Ilmu MMR, FB Genius dll... HUBUNGI SAYA 011-286 31380... atau email: atiegurlz@gmail.com