Jumaat, 6 November 2009

Anak2 kita....

Masuk hari nie, hari ke 5 aku hantar anak2 ke taska.... Rabu lepas, aku tak hantar, sebab aku MC... Zahin tak sihat... selesema... meragam je malam... aku lak jangkit sama.... dah la aku ni mudah kena serangan selesema.... tak sangka, Zahin ikut jejak langkah aku.... kalau si Hariz nak pandai sesuatu, atau nak tumbuh gigi, dia demam... tapi, si Zahin lain plak... nak tumbuh gigi, dia kena selesema... dlm usia dia 9 bulan lebih nie, dia dah tumbuh 2 gigi bawah.... dan dlm proses nak tumbuh lagi 3 batang... 1 di bawah, 2 di atas.... masih belum pandai merangkak.... menjalar, bukan main laju lagi... dan dah pandai rebut mainan dengan abg dia.... :)

Bila aku tanya perkembangan anak2 aku di taska, TEACHER bagi tau, Hariz pantang nampak parents budak lain dtg, mesti dia kejar ke grill sambil panggil2 "mimi" / nangis....... klu budak2 tido, dia tak tido... layan blues dia sorang2... alahai, kesian nya anak Ummi.... patut la kat rumah, dia meragam je... rupa2nya tak tido siang.... kadang sampai ngingau2, panggil2 "mimi" .... mlm tadi dia demam.... tapi tak meragam... cuma dia sebut2 je, "mimi"... pastikan Ummi dia baring di sebelah, sambil usap2 kepala dia..... pagi2 lagi, bila aku bangun, dia pun nak bangun gak... aku tanya dia, "awak demam lagi tak?".. sambil dia pegang dahi dia, dia jawab, "tak... demammm" ... mungkin dia demam nak pandai cakap..... Zahin plak, TEACHER ckp, dia ok... cuma pagi2 ngan masa Ummi dia dtg ambil petang je, dia menangis...... manja la tuu.. (ermm..mcmne la keadaan anak2 aku di saat ini....) ....

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini
Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri
Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang
Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petangkerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi
Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

Tiada ulasan:

Biz partner diperlukan... PROJEK ISTIMEWA STG... Produk, Ilmu MMR, FB Genius dll... HUBUNGI SAYA 011-286 31380... atau email: atiegurlz@gmail.com