Rabu, 26 Mac 2014

Kisah si TIKUS ....

Masa demi masa....
Masa itu EMAS...


Semua manusia diberi masa yg sama....
Tiada kurang, tiada terlebih...
MANUSIA itu sendiri yg perlu membahagi MASA yg ada sebaik2nya....


Mcm tu juga diri saya sendiri.....
Masih belum berkesempatan menjadikan blog ini sentiasa diberikan tumpuan setiap hari utk perkongsian demi perkongsian.... 


Dari minggu lepas, saya ingin kongsikan KISAH SEEKOR TIKUS....

Al-kisah, si TIKUS ini sering di kejar dan di buru oleh si KUCING yang mengidamkan utk dijadikan bahan makanan..... jadi, si TIKUS dah mula BOSAN.... 

Pada suatu hari, si TIKUS bertemu dgn AHLI SIHIR yg boleh menunaikan apa saja permintaan si TIKUS..... si TIKUS mula mohon agar ditukarkan beliau menjadi seekor KUCING... supaya beliau boleh mengejar si TIKUS yg lain pula........



TAPI selepas si TIKUS sudah bertukar menjadi si KUCING, beliau KINI di kejar oleh si ANJING pula... si TIKUS jadi penat dan mula BOSAN menjadi KUCING..... beliau meminta si AHLI SIHIR menukarkan beliau menjadi seekor SINGA.... sebab beliau pernah mendengar, SINGA merupakan RAJA RIMBA..... jadi si TIKUS teringin menjadi SINGA.....


AHLI SIHIR menunaikan IMPIAN si TIKUS..... TETAPI..... selepas menjadi SINGA, beliau diburu pula dgn si PEMBURU...... penat la si SINGA melarikan diri dari si PEMBURU.... dan mula rasa BOSAN lagi.......




Akhirnya si TIKUS meminta AHLI SIHIR, menukarkan beliau menjadi TIKUS semula..... maka, bertukar la, si TIKUS menjadi dirinya yg asal..... 

AHLI SIHIR menasihati si TIKUS..... sekiranya HATI MU masih sama, tidak BERUBAH dan tidak pernah bersyukur dgn apa yg kamu ada sekarang, kamu ditukarkan menjadi lain pun, KAMU tetap tidak pernah berpuashati....


Jaga la HATI mu.....

Bersihkan la HATI mu..... 

Sentiasa MUHASABAH DIRI.....


via MMR - Minda Magnet Rezeki


Tiada ulasan:

Biz partner diperlukan... PROJEK ISTIMEWA STG... Produk, Ilmu MMR, FB Genius dll... HUBUNGI SAYA 011-286 31380... atau email: atiegurlz@gmail.com