Selasa, 9 Oktober 2012

Khasiat Daun Kaduk....

Daun kaduk

Bahasa Inggeris: Betel Leaf
Nama Saintifik: Piper sarmentosum





Berasal dari Malaysia, Borneo, dan Indonesia, Daun Kaduk ialah herba yang tumbuh pada tempat redup di antara pokok-pokok ranum. Daun kaduk mengeluarkan sedikit aroma herba apabila dikoyak atau digosok antara tapak tangan. Rasanya berlada, sedikit pahit, dan menaikkan rasa pelbagai jenis makanan seperti udang kering, telur, ikan, dan daging.

Ia digunakan sebagai ulam dengan sayuran lain, dimakan bersama pencicah seperti sambal, cencalok, atau budu. Ia adalah bahan kepada resepi nasi ulam, pucuk tempoyak, perut ikan, beberapa jenis laksa, dan otak-otak Pulau Pinang. Daun kaduk sangat sesuai dengan sup cerah – cuma masukkan beberapa keping daun ke dalam sup ayam atau sup tulang, dah taburkan sedikit lada hitam apabila dihidang.

Daun kaduk ialah sumber yang baik untuk aktioksidan semulajadi kerana kaya dengan vitamin dan mineral.

 

KHASIAT DAUN KADUK

Daun kaduk atau nama saintifiknya piper sarmentosum mempunyai rupa seperti daun sirih tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan. Daun kaduk sesuai dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi. Daun kaduk mempunyai khasiatnya tersendiri terutamanya dalam bidang perubatan melayu.

Daun kaduk sesuai digunakan untuk mengubati sembelit, sakit gigi, demam malaria, cacing, lemah badan dan lenguh tulang, batuk dan juga panau. cara rawatannya ialah dengan merebus terlebih dahulu daun kaduk tersebut dan air rebusan tadi diberi minum kepada mereka yang mengalami masalah dan penyakit yang disebutkan di atas…

 

Daun Kaduk Mengurangkan Keputihan

Pucuk kaduk selain dibuat ulam yang menyelerakan samada di makan mentah atau di celur, daun yg tua saya akan rebus, sejukan dan di buat air basuhan selepas membuang air kecil atau selepas habis haid.
Khasiatnya ialah dapat menjadikan awet muda, mengurangkn keputihan, menghilangkan gatal dan kerengsaan pada bahagian sulit.

 

Daun kaduk – buang angin dalam badan

Anda juga boleh mencuba mengambil sekeping pinang dan dikunyah bersama akar pokok kaduk ini. Telan cecair yang keluar bersama untuk merawat batuk dan menghilangkan asma.Untuk rawatan sakit gigi dan gusi pula,anda boleh cuba kunyah daun kaduk bersama halia, ia juga berupaya mengurangkan sakit tersebut.

Bagi sesetengah orang yang dijangkiti kulat pada bahagian kaki,anda boleh mengambil air rebusan akar dan daun kaduk dan rendamkan kaki anda. Jika anda mengalami masalah penghadaman, ambil air rebusan daun kaduk dan minum. la juga boleh merawat masalah usus dan mengeluarkan angin dalam perut. Ambil daunnya dan gosok pada bahagian yang mengalami kesakitan seperti pada kulit.

Anda juga boleh makan daun kaduk ini bersama nasi dan ia berupaya membantu proses penghadaman di samping dapat mengatasi masalah angin dalam perut. Ambil beberapa helai daun kaduk dan panaskannya. Kemudian tampal pada bahagian dada untuk menghilangkan sakit dada.
Jika anda menggunakan seluruh bahagian daun kaduk dan ia dijadikan ubat minum, ia berupaya merawat batuk dan kahak, melancarkan proses penghadaman dan menghilangkan senak perut.

Nak dapatkan daun kaduk di zaman sekarang nie, mmg la tak tau nak cari kat mana kan... dengan zaman teknologi yg serba canggih, dengan hanya sapuan Krim Bio Ever yg antara bahan yg ada dlm krim nie, adalah daun kadok... boleh baca di LINK utk bahan2 lain...






DAPATKAN KRIM 1001 KEGUNAAN INI SEGERA!!
PM @ SMS HARYATY 012-729 3178

 



 

Tiada ulasan:

Biz partner diperlukan... PROJEK ISTIMEWA STG... Produk, Ilmu MMR, FB Genius dll... HUBUNGI SAYA 011-286 31380... atau email: atiegurlz@gmail.com