Rabu, 7 Julai 2010

Amalan Berpantang....

Hari nie nak kongsi info yg aku dpt dari Majalah Pa&Ma keluaran bulan Julai 2010... Walaupun aku pregnant anak no 3, aku tak ikut sangat amalan2 berpantang sebelum2 nie...... klu betul2 berpantang pun, selama 2 minggu je kot? sebab tu agak ye, aku tak slim bila abis cuti 2 bulan... huhuhuhu.......... tak mcm rakan2 ku.. mereka betul2 mengikut amalan berpantang nie, selama 44 hari..... caya la beb.. korang slim tuu...  =)

Tempoh berpantang 44 hari memberi peluang kepada ibu untuk memulihkan semula tenaga yg hilang. Jika dipatuhi segala amalan dan pantang larang asalkan tidak memudaratkan, wajah yg segar dan tubuh yg mantap kembali menjadi milik ibu..

1. Mandi Herba - Bagi ibu bersalin normal, mandian dimulakan dari hari ketiga selepas bersalin sementara yg bersalin caesarean pula selepas pemeriksaan pertama doktor pada luka pembedahan (lebih kurang hari ke lapan hingga ke sepuluh). Penggunaan serai wangi, daun pandan, halia bertujuan untuk membuang angin serta menghindarkan badan berbau busuk. Selain itu mandian herba elok untuk mencuci bahagian sulit wanita agar luka cepat sembuh.

2. Urutan - Umum mengetahui betapa pentingnya khasiat urutan terhadap tubuh badan ibu bersalin yg lesu kembali segar. Untuk mendapatkan kesan yg lebih baik, urutan hendaklah dilakukan selama 7 hari tetapi jika tidak berkemampuan, tiga hari juga sudah memadai. Urutan membantu melancarkan peredaran darah terutama di bahagian payu dara agar masalah bengkak dapat dielakkan. Selain itu pengeluaran air susu juga akan lebih lancar selepas diurut. Seluruh badan yg sakit akibat urat-urat yg bersimpul dapat diperbetulkan dan membantu membuang angin dari dlm badan. Sementara itu urutan juga membetulkan tulang pelviks yang terbuka semasa meneran bayi. Kelebihan urutan ini juga membantu kembali hubungan intim dengan suami

3. Bertangas - Kaedah bertangas moden menggunakan infracare lebih mudah dan selesa. Kesannya tetap sama seperti bertangas tradisional iaitu menguatkan rahim, mempercepatkan luka sembuh, mengetatkan otot vagina. Lebih muda, bertangas moden boleh dimulakan seawal minggu pertama berpantang.

4. Bertungku - Penggunaan batu atau besi memberikan hasil yg lebih memuaskan utk membantu mengecutkan peranakan dan menghangatkan rahim selain darah nifas dpt keluar dengan lebih lancar.

5. Tapel, param dan pilis - Sapuan tapel pada perut bertujuan mengeluarkan darah kotor di samping menegangkan kembali  kulit di bahagian perut. Manakala pilih pula ditampal di dahi untuk menyegarkan mata dan mengelakkan darah putih naik ke kepala. Sementara sapuan param ke seluruh badan pula dapat mengelakkan angin masuk dan memanaskan badan.

6. Berbengkung - Balutan bengkung di bahagian pinggang hingga ke punggung memberi keselesaan kepada ibu lepas bersalin. Ia membantu mengembalikan semula bentuk tubuh yg langsing dan ramping. Kini dengan adanya bengkung moden yg mudah dipakai, ibu yg bersalin secara caesarean turut boleh memakai bengkung ketika berpantang.


INFO : Lakukan proses bertungku selepas keadaan perut tidak lagi bengkak. Bagi yg bersalin secara caesarean, hanya bertungku jenis batu sahaja yg boleh digunakan.

6 ulasan:

Salmia berkata...

huhuhu.. banyaknya pantang.. cmne nk branak ni..

Umi berkata...

tau xpe... sebab tu akak tak ikut sgt.. ekeke.. tp tu la, klu nak slim, kena la pantang betul2 ye.. =)

ainazliena berkata...

yer..klu nk kurus kena pntang betul2..tp aku x tungku..x btangkas..cos x dlm packages..yg lain tu aku buat..slagi tmampu..44 hr..sabo sabo..hehehe..

Umi berkata...

hohoho.... iye la, sabo dan sabo... hehehe...

Tanpa Nama berkata...

Ssh jg pantang bersalin ni nk tnggu 44hr ke?mcm kwn sya orng seberang pantangnya cuma 30 hr aje.......

AtiEyZ berkata...

Tanpa Nama, ikutkan petua org2 lama, mmg 44 hari, masa tu, badan kita dah betul2 sihat dan cukup rehat... boleh je nak pantang berapa hari pun, tp kita tak tau kesihatan kita di masa akan datang.. jom sy sharing v3sr body programming yg sgt best utk ibu lepas bersalin... :)

Biz partner diperlukan... PROJEK ISTIMEWA STG... Produk, Ilmu MMR, FB Genius dll... HUBUNGI SAYA 011-286 31380... atau email: atiegurlz@gmail.com