Rabu, 2 Jun 2010

Ciuman Membawa Maut...

Ciuman antara pasangan hidup antara satu sama lain, ibu kepada anak2, bapa kepada anak2, amat2 membahagiakan dan amat2 digalakkan...  Aku suka cium anak2 aku.. walaupun diorg tu tak mandi lagi.. org kata,"bucuk masyam".. tapi, aku rasa bahagia je dpt cium anak2 aku.. lagi2 time diorg tgh tido lena... usap2 kepala diorg, cium dahi diorg... i likee... :-)Tetapi ada pula ciuman boleh membawa maut...

So, kepada para perokok, elakkan la kalian dari mencium kanak2... seelok2nya, BERHENTI LAH DARI TERUS MEROKOK... bukan saja baik utk kanak2 / anak2, utk diri sendiri juga........



Gambar hanya hiasan semata2


Kredit dari : HARIAN METRO

MELBOURNE: Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak. Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children''s Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria yang berbahaya pada kerongkong mereka."Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium," katanya seperti yang dipetik oleh Australian Associated Press. Menurut laporan itu, seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia."Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," kata Prof Booy. - Bernama

2 ulasan:

jiwa sifar berkata...

posting ini sama dgn bini aku..ade chemistry ke ibu mengandung ni?

#cdmHA berkata...

oo.. aar la.. kebetulan lak sama dengan wife ko punya posting.. hehee.. tp dia tu tuju khas utk ko kot, sebab ko merokok.. hahaha...

p/s : cantik perabot baru... ;)

Biz partner diperlukan... PROJEK ISTIMEWA STG... Produk, Ilmu MMR, FB Genius dll... HUBUNGI SAYA 011-286 31380... atau email: atiegurlz@gmail.com