Khamis, 18 Mac 2010

Demam + Batuk ...

Sejak aku tau aku pregnant no 3, anak2 aku kerap meragam dan tidak sihat... 2 beradik nie, mcm bergilir2 lak tak sihat... Lepas, Hariz demam, pasang surut.... meragam je di malam hari... tp bila waktu siang, demam dia ok.... demam + batuk... skrg nie, si Zahin plak..... si kecik ni klu meragam lagi la, aku tak paham, apa yg dia nak sebenarnya... klu si Hariz, aku paham la jugak, sebab dia dah pandai ckp... klu meragam, ckp ntah pape pun, aku masih leh paham, apa yg dia nak.... si Zahin, tau menangis dan merengek jerk... mengempeng, sudah semestinya...  iye la, dia kan tak tau ckp lagi, tu je yg dia tau.... sian aku tgk anak2 aku skrg nie... TAPI aku bersyukur sgt... walaupun mereka sering tak sihat, aku diberi kesihatan yg agak baik utk menjaga mereka... dan tu yg aku harap2kan... klu aku pun tak sihat, sape nak tolong jaga mereka kan......

Aku masih ingat lagi, sepanjang pregnant kan 2 bujang aku tu, aku sering kena batuk2 + selesema di awal kehamilan..... ada kaitan ke ek dengan kesihatan mereka skrg? mereka begitu mudah kena batuk2 + selesema...... kesian tgk mereka... batuk mereka tu plak, lambat nak baik... bila dah baik, dah ceria mcm biasa, selang beberapa minggu, kena batuk semula.... mm...... ada kaitan ke?...

Setakat aku pregnant no 3 nie, dan dah nak masuk 4 bulan, alhamdulillah, aku tak kena batuk + selesema yg teruk mcm sebelum2 nie............. amat2 berbeza alahan yg aku alami sekarang dan dulu.........

Aku mencari2 artikel di internet yg berkaitan dengan batuk utk kanak2...


hehee... comel tak baby tu.. sian dia kena letak dlm baldi


Ni antara yg aku jumpa :

Tips Penggunaaan Persediaan Ubat Batuk dan Selsema Kanak-Kanak untuk Ibu Bapa



Terdapat beberapa tips yang boleh digunapakai oleh ibu bapa dan penjaga sebagai panduan untuk menguruskan kanak ? kanak yang menghidap batuk dan selsema antaranya ialah:


Jangan berikan produk orang dewasa kepada kanak - kanak. Persediaan untuk orang dewasa adalah tidak sesuai bagi kanak – kanak.


Bertanya dengan ahli farmasi atau doktor anda sekiranya terdapat pertanyaan dan masalah mengenai penggunaan ubat batuk dan selsema yang ambil.


Pilihlah produk ubat batuk yang dilengkapi penutup keselamatan untuk kanak – kanak jika perlu atau sentiasa pastikan penutup botol ubat ditutup dengan ketat.


Jauhi produk ubat batuk dan selsema ini dari KANAK – KANAK.


Periksa label dan pastikan anda mengetahui bahan aktif yang terdapat dalam produk tersebut. Baca maklumat ubat yang biasanya terdapat pada sisipan produk. Ini dapat membantu anda mengetahui simptom – simptom yang dapat dikawal oleh bahan aktif tersebut. Produk ubat batuk dan selsema biasanya mempunyai lebih dari satu bahan aktif contohnya decongestant, cough suppressant, expectorant, atau bahan penahan sakit.


Berhati – hati apabila memberi anak anda/kanak -kanak lebih dari satu jenis produk ubat batuk dan selsema. Pastikan produk tersebut tidak mengandungi bahan aktif yang sama kerana ini mungkin menyebabkan anak anda/kanak - kanak menerima dos ubat yang berlebihan.


Pastikan anda membaca dengan teliti arahan penggunaan ubat seperti yang terdapat pada maklumat ubat (drug facts) dalam sisipan produk. Maklumat ini akan memberitahu anda tentang dos dan kekerapan pengambilan produk tersebut. Penggunaan berlebihan atau penyalahgunaan produk ubat batuk dan selsema ini boleh menyebabkan kesan buruk seperti masalah pernafasan, denyutan jantung menjadi cepat dan sawan.


Gunakan alat penyukat yang disertakan bersama bungkusan produk dan elakkan penggunaan sudu kegunaan dapur memandangkan sudu ini biasanya memberikan sukatan yang berbeza - beza. Sekiranya alat penyukat tidak disertakan, anda boleh mendapatkan picagari dari kedai farmasi.


Anda perlu faham bahawa penggunaan produk ubat batuk dan selsema yang boleh didispens tanpa preskripsi adalah hanya bertujuan untuk mengawal simptom seperti hidung tersumbat, demam dan kesakitan tetapi tidak menyembuhkan penyakit tersebut. Persediaan ini tidak merawat punca kepada simptom batuk dan selsema dan ia juga tidak mempercepatkan proses penyembuhan.


Adalah normal bagi kanak – kanak untuk mengalami demam, batuk dan selsema sepanjang proses tumbesaran mereka. Walaubagaimanapun, kanak – kanak lazimnya akan pulih dengan sendiri. Demam, batuk dan selsema yang biasanya disebabkan oleh jangkitan virus boleh diuruskan dengan rehat yang sempurna, pengambilan air yang cukup dan memastikan kanak – kanak sentiasa selesa.


Batuk dan selsema boleh menjadi simptom kepada penyakit – penyakit lain, oleh yang demikian segera dapatkan nasihat doktor sekiranya tiada perubahan berlaku kepada anak anda/kanak – kanak ataupun tahap kesihatan mereka menurun.


MyEm0.Com


5 ulasan:

sharhanah berkata...

Salam Umi,
Ala cian Hariz & Zahin.... InsyaAllah, sembuh... anak² saya, Alhamdulillah, 2dua dah sihat. Banyakkan minum air... lagi pulak cuaca skrg mmg tak menentu.
Umi pun kena jaga kesihatan gak yerr...

transformed housewife berkata...

sian anak2 umi ye. kdg2 sbb budak2 ni masih lg dlm proses mengebalkan diri atau menguatkan"daya tahan penyakit" tu.

#cdmHA berkata...

salam, sharhanah... tu la, saya betul2 kena bersabar dengan 2 bujang nie... kalau diorg meragam, errr.. lagi la... hampir2 hilang sabar...

sis temp. housewife, thanks ye rajin jengah sini... saya jerk dah lama ke ke sana... tu la, saya risau tau sis, selalu sgt demam + batuk...

chem berkata...

salam umi,
tabahkan diri semua tu dugaan.

#cdmHA berkata...

wslm... chem...
erm, aar la chem.. harap2 aku leh tahan sabar... sian kat hariz... selalu kena marah..

Biz partner diperlukan... PROJEK ISTIMEWA STG... Produk, Ilmu MMR, FB Genius dll... HUBUNGI SAYA 011-286 31380... atau email: atiegurlz@gmail.com