Rabu, 29 Julai 2009

Jumaat - 24/07/2009 yg lepas ..

“Adui… nape la ngan kepala aku nie… sejak 2 menjak nie, asyik sakit jerk… “, Yaty membebel, sambil jari jemari dia ketak ketik menekan kekunci keyboard PC ..

Yaty mmg sering dilanda sakit kepala… boleh dikatakan, hari2 dia menahan sakit.. kalau dihitung, peratus tidak sakit kepala lagi tipis dari sakit…

“Yaty nak gi klinik la, ambil time off, boleh balik rumah awal, rest, sebelum ambil anak2”, Yaty memulakan bicara dengan rakan se”opis”nya, Kak Ita... mata dia sudah melilau mencari buku “gate pass” utk di sain oleh bosnya, Kak Yati…

Cuaca agak panas terik hari ini… menambahkan lagi rasa sakit kepala Yaty… Yaty memulakan langkahnya menuju ke kereta yg dibelinya hampir 6 tahun itu… dengan bantuan kereta kancilnya itu la, Yaty mampu ke sana ke sini tanpa bantuan org lain… wlupun kini kereta tu dah pelbagai warna, disebabkan dah melalui kemalangan lebih dari 2x…

Kancil yg dipandu menyusur agak sederhana laju ke Klinik Rozikin yg jadi pilihan Yaty pada hari ini…

“Nak jumpe doktor Nordini la hari nie.. boleh tanya pasal IUD dan Implanon,” bisik Yaty sendirian… “Huh, lega, tak ramai org yg menunggu giliran... tak lama lagi, boleh la aku masuk bilik jumpe doktor.. sementara tu, lelap dulu la... ,” bicara hati Yaty selepas dia mendaftar di kaunter pendaftaran...

“Eh, kat klinik mana boleh tidur... “ tetiba Yaty terdengar suara kanak2 yg tidak dikenalinya... kelopak mata yg ditutupnya tadi, dibuka dengan segera... dan mencari siapa kah gerangannya kanak-kanak yg berani menegur itu...

“Oh, budak nie... leh tahan, menegur tanpa mengenali diri aku..” sambil melemparkan senyuman pada kanak-kanak tersebut... dan pasti, itu budaknya, kerana di ruang menunggu, hanya Yaty dan seorg kanak-kanak usia lingkungan 5-6 tahun...

“Haryaty!!”.. nama Yaty dipanggil... dengan langkah yg agak segera, Yaty masuk ke bilik doktor...



“Assalammualaikum... iye, kenapa? ..” tanya doktor Nordini sambil menghulurkan tangan utk bersalaman... doktor nie mmg menyejukkan hati... ramah, comel.. dan bertanggungjawab... kalau Yaty dtg jumpa dengan dia, mengadu sakit, pasti dia akan check betul-betul...

“Waalaikummussalam... saya selalu sakit kepala... kali nie dah tak tahan sgt.. “, Yaty memulakan ayat-ayat sedih, sambil menyambut salam dari doktor Nordini...

“Selalu?? Selama nie awak rujuk dengan klinik mana? Awak ada minum kopi?? Atau, kurang tidur? “ bertubi-tubi soalan dari doktor...

“Errrr... ada, klinik lain, tapi xde plak wat rawatan susulan, cuma rawatan biasa jer... saya dah lama tak minum kopi... mungkin kurang tidur, sebab saya ada 2 baby, yg kerap bangun malam minta susu... “ Yaty jawab dengan segera.. dia dpt melihat doktor Nordini membuat catatan dari penerangannya... dan, memberi ulasan, “Awak kena migrain ini.. selalu sakit kepala bahagian depan kan?..Ok, awak ambil ubat nie, makan, dan rehat.. kalau puncanya kurang tidur, awak kena tidur... kena pastikan punca, baru migrain awak ok... “

Yaty mengangguk tanda paham... sebelum melangkah keluar dari bilik doktor, Yaty menanyakan mengenai IUD dan Implanon utk pahaman diri sendiri... Doktor Nordini memberikan penjelasan... “IUD pasang di dalam rahim... manakala Implanon dipasang dilengan.. peratus selamat dari mengandung andai pakai IUD, 98%... tapi Implanon setakat nie, 100%... Cuma, implanon bergantung pada hormon seseorg.. sesetengah org, tak boleh terima.. ada yg sakit kepala.. ada yg tak period langsung... saya cadangkan, awak cuba makan pil perancang dahulu.. rasa diri awak mcmne.. klu ok, baru awak pasang Implanon... Implanon mahal dari IUD.. harga terkini RM480.. IUD plak, bergantung pada doktor yg memasang dan ketika bersama suami... klu tersilap langkah, boleh mengandung... “ panjang lebar doktor Nordini memberi penjelasan..

Setelah puashati, Yaty mengucapkan terima kasih sambil menghulurkan salaman.. lalu, melangkah keluar dari bilik doktor...

Belum pun sempat Yaty melabuhkan punggungnya di kerusi, menunggu ubat, dia di sapa dengan kanak-kanak tadi...

“Achik sakit eh?? Muntah, eh??..” soal anak kecil kepada Yaty, org yg baru pertama kali dia jumpa...

“Erm, aar.. Achik tak sihat...” jawab Yaty sambil tersenyum...

melihat keramahan kanak-kanak itu, Yaty menyoal dirinya semula... “Adik tak sekolah ke? Sekolah kat mana? Tunggu siapa?.. adik awak, mana? Ada adik kan?.. “ bertubi-tubi soalan dari Yaty kepada dia pula...

“Saya sekolah kat sini..” sambil tunjuk lencana di baju sekolah yg dipakai.. Yaty tak dpt melihat dengan jelas, tapi yg pasti, kanak-kanak ini baru di level tadika...

Kanak-kanak tu meneruskan jawapan dari soalan yg diberikan... “Saya tengah tunggu atok nie.. atok tu dah tua-tua pun nak bawa kereta.. dia pinjam kereta ibu saya... saya ada 3 adik perempuan... saya je sorg laki-laki.. “ jawabnya dengan petah..

“Ermm.. Achik ada anak? Laki ke perempuan?.. “ dia pula menanyakan soalan pada Yaty... “Achik ada 2 anak, 2-2 lelaki.. “ Yaty melayan kerenah kanak-kanak tu sambil tersenyum... belum pun sempat nak beramah mesra dengan kanak-kanak tu, nama Yaty telah dipanggil utk mengambil ubat...

Yaty melangkah keluar dari klinik, selepas mengambil ubat... melangkah memasuki kereta, dan memandu pulang ke rumah........


Sekian... hehehe.. saje je, coretan cerita itu ini aku kali nie dlm bentuk cerpen.. hahaha.. iye-iye jerk.. lantak la, saja suka2... (",)

1 ulasan:

armouris berkata...

info tentang muntah kat sini - Vomiting Children

Biz partner diperlukan... PROJEK ISTIMEWA STG... Produk, Ilmu MMR, FB Genius dll... HUBUNGI SAYA 011-286 31380... atau email: atiegurlz@gmail.com