Jumaat, 14 Mei 2010

Anak Kuat Mengamuk...

PERSOALAN :

Saya merupakan ibu kepada anak perempuan berusia dua tahun. Dia seorang yang aktif dan petah bercakap, tetapi dia kuat mengamuk terutama jika kehendaknya tidak dituruti. Saya sering memarahinya sehingga dia akan menangis sambil tertidur. Ada kalanya sedang nyenyak tidur pun anak saya menangis sayu.

Saya marahkannya kerana ingin mengajarnya bersabar, tidak berputus asa serta bertolak ansur. Kelakuannya yang sukar dipujuk serta suka memerintah membimbangkan saya membawanya keluar makan dan bersiar-siar.

Saya sering berdoa dan membaca Al-Quran lalu dihembuskan ke ubun-ubun anak agar dia mendengar nasihat. Apakah ada cara lain yg bersesuaian?

JAWAPAN :

Sebagai orang Islam, sebenarnya cara yang puan gunakan adalah yang terbaik. Cuma, ia perlukan sedikit masa dan keyakinan yang tinggi kepada Allah SWT. Bersabarlah. Janganlah marahnya itu dibalas dengan marah juga. Kadangkala untuk memantau tindak tanduknya yang agresif itu, kita perlu memberinya sedikit ruang untuk melepaskan kemarahannya.

Ketika anak puan mengamuk kerana tidak mendapat apa yang dimahukan setelah kita memberikan alasan, hukumlah dia dengan membiarkannya menangis sampai akhirnya dia berhenti sendiri. Ini kerana semakin dilayan semakin menjadi, semakin kuat suara kita semakin kuat suaranya. Jadi, tinggalkan dia, usah hiraukan dia (secara fizikalnya sahaja), buatlah kerja puan atau larikan diri dari pandangannya dan buat tak tahu. Kanak-kanak akan berasa "kehilangan" sekiranya ibunya tidak mempedulikannya sehingga akhirnya mereka yang mengalah minta dibelai. Ketika itulah baru puan membelai dan menasihatinya yang puan tidak suka apa yang dilakukannya. "mama sedih adik jerit-jerit macam.... " "mama suka adik dengan cakap mama... " Berikan sebab mengapa tidak boleh atau sebagainya.

Selain itu, menurut kajian, makanan juga member kesan terhadap tingkah laku agresif anak-anak. Jadi, janganlah biasakan anak-anak makan makanan ringan. Kurangkanlah pengambilan makanan ringan dan lebihkan makanan berkhasiat untuk ketajaman minda dan penumpuan.



INFO :

Tegas dan elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaan yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak bijak. Sekali kita mengalah, mereka akan tahu kelemahan kita.


2 ulasan:

laila berkata...

mcm iqbal..selalu dh nangis..lari cari ibu,,peluk..alahai..terharu sungguh...hehe

#cdmHA berkata...

laila : rindu bau ibu... hihihi...

Biz partner diperlukan... PROJEK ISTIMEWA STG... Produk, Ilmu MMR, FB Genius dll... HUBUNGI SAYA 011-286 31380... atau email: atiegurlz@gmail.com