So, kepada para perokok, elakkan la kalian dari mencium kanak2... seelok2nya, BERHENTI LAH DARI TERUS MEROKOK... bukan saja baik utk kanak2 / anak2, utk diri sendiri juga........
Gambar hanya hiasan semata2
Kredit dari : HARIAN METRO
MELBOURNE: Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak. Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children''s Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria yang berbahaya pada kerongkong mereka."Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium," katanya seperti yang dipetik oleh Australian Associated Press. Menurut laporan itu, seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia."Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," kata Prof Booy. - Bernama
2 ulasan:
posting ini sama dgn bini aku..ade chemistry ke ibu mengandung ni?
oo.. aar la.. kebetulan lak sama dengan wife ko punya posting.. hehee.. tp dia tu tuju khas utk ko kot, sebab ko merokok.. hahaha...
p/s : cantik perabot baru... ;)
Catat Ulasan