Saya kini hamil 12 minggu. Saya risau untuk mengadakn hubungan seks sepanjang mengandung. Adakah ia berbahaya untuk kandungan (soalan dari yg baru pertama kali pregnant)
Jawapan :
Hubungan seksual adalah selamat sepanjang kehamilan KECUALI di dalam kes-kes tertentu, misalnya pendarahn ketika hamil, uri di bawah (placenta praevia) dan kontraksi pramatang. Jangan risau kerana doktor puan akan memberitahu jika hubungan seksual patut dielakkan dalam kes-kes sebegini.
Hubungan seksual turut bergantung kepada kehendak individu. Sesetengah wanita mendapati keinginan untuk hubungan seks semakin kurang, lebih-lebih lagi jika mereka mengalami masalah seperti loya dan muntah yg teruk (hyperemesis gradidarum), keletihan akibat masalah seperti anemia (kurang darah) dan masalah psikologi ketika hamil (stres atau/ dan murung).
Suami boleh membantu keadaan isteri dengan memberi kata-kata dorongan, membantu menguruskan kerja-kerja rumah apabila isteri semakin sarat dan bersabar jika isteri mudah moody. Apabila minda isteri tenang dan kurang kecamuk, keinginan seksualnya pasti akan bertambah baik.
p/s : aku pernah mengalami uri di bawah ketika pregnant kan Zahin....
4 ulasan:
salam perkenalan..inysaAllah sy nk follow blog akk blh?..
hope dpt share info psl kesihtn wanita.. (especiallly utk preggy women).. leh share xperience? at this moment sy dlm fasa nk confirm whether da ada 'isi' or belum..coz period da lewat..
bagus info ni....tapi kalau dah dekat nak bersalin kena stop la..takut time bersalin kepala baby penuh air tu...tapi ini satu cara memudahkan bersalin...walawalam bissawab..
salam, perkenalan, angahfarah... boleh je dik... akak dpt info nie pun dari majalah.. hehee... tp blog akak tak up to date sgt.. :D hrg2 ada rzki utk adik..
hehee... aar, pak long.. betul tu.. saya pun ada dgr gitu.. klu xnak penuh dengan air tu, err... paham2 sendiri kot? hehehe...
Catat Ulasan