Jawapan :
Para ibu dinasihatkan untuk mengambil asid folik sebelum hamil dan juga ketika hamil kerana vitamin ini dibuktikan boleh mengurangkan insiden neural tube defects atau ringkasannya NTDs dalam bayi sebanyak 70-75%. Masalah NTDs ini lebih ketara dalam populasi wanita di Barat.
Dalam kajian yang dilakukan, didapati asid folik juga boleh mengurangkan risiko masalah-masalah lain seperti :
- bayi dengan bibir sumbing (clef lip and palate)
- tekanan darah tinggi ketika mengandung termasuklah pra eklampsia
- kelahiran pramatang
- keguguran
- bayi yang tidak membesar dengan baik ketika di dalam kandungan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan